Sabahikanbilis.com
Pembekal ikan bilis Gred A

Ikan Bilis Sabah

Peluang Perniagaan Ikan Bilis Gred A
Rebutlah peluang untuk menjadi pengedar ikan bilis kami.
  • Harga pengedar: RM20/bungkus (berat sebungkus: 1 kg)
  • Belian Minima: 5 bungkus
  • Penghantaran di Lembah Kelang: Percuma

Produk sampingan bagi pengedar ikan bilis kami:

  • udang kering
  • ikan masin - ikan terubuk dan ikan merah

Sabahikanbilis.com menjemput individu berinisiatif untuk menjadi pengedar ikan bilis gred A dan produk-produk laut Sabah.Produk ini bebas dari awet kimia dan dibekal langsung dari nelayan kepada anda.

Anda diwaktu yang sama meningkatkan pendapatan kerana jualan ini berulang-ulang dan bahan keperluan harian,anda juga secara tidak langsung meningkat pendapatan nelayan dari cengkaman peraih.

Harga jualan produk ini kalau ditinjau dipasaraya sangat tinggi dan anda mempunyai ruang banyak untuk menentukan harga.

Produk-produk ini adalah segar dan harus disimpan didalam peti ais kerana tidak diawet.

Kini, ikan bilis, udang kering dan ikan masin yang terbaik dari Sabah boleh didapati dari kami dengan harga yang sangat berpatutan.

Kami Mencari pengedar

Kami sedang mencari individu yang berminat untuk menjadi pengedar. Sesiapa saja boleh menjadi pengedar dengan membeli 5 bungkus ikan bilis (1kg setiap bungkus), tapi kami tidak akan melantik lebih dari seorang pengedar bagi sesuatu bangunan pejabat yang besar, atau sesuatu kawasan perumahan. Kami mahu setiap pengedar mempunyai bakal pelanggan yang cukup untuk mereka berjaya.

Ikan bilis, udang kering dan dua jenis ikan masin ini hanya permulaan. Kami merancang untuk menjadi pembekal produk-produk lain dari Sabah, seperti ikan masin, udang basah beku, ikan basah beku dan sebagainya di masa depan.

Sesiapa yang menjadi pengedar kami sekarang akan secara otomatik menjadi pengedar untuk semua produk-produk tersebut kemudian nanti.

Hubungi kami sekarang!